Sunday, September 4, 2011

Katakan Tidak Pada Rokok !




ROKOK?

Tiba-tiba saya nak menulis tentang keburukan merokok pada malam ini. Maklumlah, saya memang anti perokok tegar. Merokok ini sebenarnya sangat membahayakan kesihatan diri kita sebenarnya. Banyak keburukan merokok ini sebenarnya kalau anda ingin tahu. Bagi kaum lelaki, mereka anggap bahawa merokok ini menampakkan yang mereka ini sebenarnya macho, tapi bagi saya mereka Nampak seperti kera yang merokok. Lagi-lagi pula, perempuan zaman sekarang pun tidak kurang hebatnya merokok. Sungguh tidak sopan bagi saya. Tapi tak mengapalah, mungkin mereka ada sebab mengapa mereka merokok. Kemungkinan besar, mereka stress an ingin melepaskannya melalui merokok.

APAKAH KEBURUKAN MEROKOK ? 

Merokok ini sebenarnya memendekkan usia kita. Kalau anda ingin tahu,rokok sebenarnya telah membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung kait dengan rokok.
Rokok juga boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Misalnya, terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Contohnya , kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Perokok juga mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-parudibandingkan dengan bukan perokok.

Tambahan lagi,merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Misalnya ,anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.ini semua salah mak dan ayah mereka sendiri kerana merokok depan anak-anak. Jadi, bagi ibu bapa di luar sana, janganlah merokok di hadapan anak-anak.

Selain itu, ibu ataupun bapa yang merokok menyebabkan anak-anak mereka juga merokok keran anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah bimbingan. Benarlah pepatah arab yang mengatakan, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. 


Selain itu, merokok juga menyebabkan gigi si perokok menjadi kuning dan kusam. Buruk kan ? Kalau anda inginkan gigi anda cantik dan berseri, janganlah merokok. Rokok juga sebenarnya menyebabkan anda mempunyai bau nafas yang kurang enak. Pasti semua orang akan menjauhkan diri dari anda ketika anda bercakap dengannya.

Yang pastinya, orang yang merokok ini akan beruban dengan cepat, kulit mereka akan mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut. Buruk benar kulit anda jika jadi seperti itu.


Merokok juga membahayakan orang lain.Apabila si perokok merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan juga memudaratkan kanak-kanak.
 
Merokok juga  mempengaruhi tahap kecerdasan otak anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain. Merokok juga menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak dibau.


Jadi, bagi semua perokok, carilah jalan untuk berhenti merokok kerana rokok ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada anda semua kecuali keburukan sahaja. Renung-renungkan dan selamat beramal.

.

Sunday, August 28, 2011

Kesan Radiasi Telefon Bimbit Pada Manusia

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden yang sangat canggih dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Hal ini adalah kerana kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Adakah telefon bimbit membahayakan?

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.

Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?

Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah

Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia

Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.

Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mood cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.

Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.

Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.

Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.

Pesanan: Walaupun begitu, pakar2 kesihatan masih tidak mempunyai hasil kajian yang tepat secara saintifik dan boleh dipercayai samada benarkah radiasi dari telefon bimbit boleh memberi kesan pada kesihatan manusia. Tidak perlu pergi jauh, kita lihat kepada diri kita sendiri, selepas penggunaan telefon bimbit beberapa lama, adakah symptom-simptom seperti sakit kepala, pelupa dan sebagainya kita alami ? Jika benar, mungkin ini antara gangguan kesihatan yang perlu diawasi.

Tuesday, August 23, 2011

MATI PUCUK

    Hmmm, topik ini sangat menarik dan saya sebagai kaum wanita pun belajar dan ambil tahu juga mengenai buah zakar kaum lelaki. Saya rasa , tak ada salahnya kalau anda di luar sana pun ambil tahu hal ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum berkahwin. Tuhan menjadikan kita seindah-indah ciptaannya dan kita seharusnya bersyukur dan menjaganya dengan baik. Saya rasa, kita sebagai kaum wanita harus belajar mengetahui bagaimanakah zakar lelaki berfungsi dan bagaimanakah mati pucuk terjadi serta apakah yang harus dilakukan seterusnya. Belajar tau! Tak rugi walaupun ianya tiada kaitan dengan keluarga anda.  

                                     “APAKAH MATI PUCUK?” 

Mati pucuk ataupun dikenali sebagai lemah tenaga batin merupakan suatu penyakit yang menyebabkan kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. 

               “APAKAH PUNCA-PUNCANYA” 

Sebenarnya, penyakit ini berpunca dari banyak sebab misalnya, seperti masalah jantung yang tidak disedari darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah tenaga batin boleh juga disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisikologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Untuk pengetahuan anda,ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh juga menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya. 

Selain itu, masalah yang menyebabkan onani ini adalah disebabkan oleh ketagih seks yang kuat, gemar menonton filem lucah dan sebagainya. Akibat menonton filem lucah, nafsu syahwat mereka naik dan seterusnya mendorong mereka melakukan onani dengan pelbagai cara. Hal ini menyebabkan keburukan kepada diri sendiri. 

       “GOLONGAN YANG LEMAH BATIN INI SIAPA?” 

Apa yang saya tahu. Golongan remaja lelaki seawal usia 19 tahun pun boleh menghidap penyakit lemah batin ini. Ini adalah kerana, terdapat sesetengah remaja lelaki telah melakukan onani semenjak seawal usia 9 tahun lagi. Jadi tidak hairanlah kebanyakan lelaki menghidap penyakit ini. 1 daripada 10 lelaki yang menghidap penyakit ini mengalami masalah kemurungan dan rendah diri.  

            “APAKAH AKIBAT MATI PUCUK” 

Akibat mati pucuk? Saya ada terbaca satu artikel tentang masalah ini. Ada sesetengah lelaki yang telah berumah tangga melakukan hubungan seks dengan bantuan video lucah. Contohnya , lelaki tersebut tidak dapat memuaskan isterinya, maka dia gunakan video tersebut untuk menaikkan nafsu syahwat isterinya. Dan ada yang paling dahsyat juga, suami kepada seorang isteri ini sanggup menggunakan khidmat kawan sendiri untuk memuaskan isterinya. Teruk sungguh perbuatan ini, lelaki menzalimi isteri sendiri. 

Akhir kata di sini, bagi golongan wanita di luar sana, anda perlulah ambil tahu juga tentang masalah ini kerana kelak anda akan berumah tangga. Bagi golongan lelaki pula, jagalah kemaluan anda seperti anda sayang diri anda sendiri. Fikir-fikirlah, selamat beramal.=)

Monday, August 22, 2011

Anorexia Nervosa

Assalamualaikum,
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. =)
Tiba-tiba pula terfikir tentang cantik. Sekarang ini , saya tengok ramai remaja perempuan inginkan kecantikan. Nak tahu tak apa yang mereka rasa cantik? Bagi mereka badan kurus kering itulah yang menampakkan mereka cantik. Agak-agaknya lah, cantik ke kalau kurus sangat. Bagi saya , kurus tak bererti cantik, lagi-lagi kalau badan kurus kering dan hanya nampak tulang. Memang buruk sangat rupanya. APAKAH anda semua sangup melakukan diet supaya tubuh kelihatan langsing dan menarik? Tiba-tiba saja anda jadi alergi atau alahan,contohnya anda alah pada coklat, ais krim, dan makanan-makanan berkalori tinggi. Lepas itu, anda jadi takut untuk makan kerana bimbang berat badan bakal naik sehingga seharian suntuk cukup hanya makan beberapa suap nasi sahaja. Hal ini sebenanya akan membawa anda kepada satu penyakit yang bernama anorexia nervosa.



    
                                  “APAKAH ITU ANOREXIA NERVOSA ?” 

ANOREXIA NERVOSA ini sebenarnya merupakan gangguan makan yang biasanya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan cara mengehadkan kuantiti makanan yang diambil secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat.

Penderita anoreksia sedar bahawa mereka ni rasa lapar,tapi mereka rasa takut nak memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Pelik kan, tapi benar. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu hinggakan masa mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual. Pelik sungguh orang yang anorexia ini.

Mereka terus diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Dan akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Cuba kita bayangkanlah,kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.
 

                                                 “APAKAH PULA ITU BULIMIA?” 

Apa yang saya tahu, bulimia sebenarnya sama saja dengan penghidap anoreksia. Ini adalah kerana, tujuan mereka sama iaitu mereka inginkan tubuh yang langsing dan sekurus yang boleh, tapi cara mereka berbeza. Penghidap bulimia ini suka makan makanan yang mereka suka, dan mereka akan makan dengan banyak, akan tetapi mereka akan muntahkan semula makanan yang dimakan itu. Dengan cara macam itu, mereka tidak akan gemuk dan tetap kurus tanpa perlu makan makanan yang mereka suka. Adakah anda dapat bayangkan jika anda terus muntahkan makanan yang anda makan, dan akhirnya tubuh lemah, sukar berfikir dan akhirnya tak ada tenaga dalam tubuh badan anda.

                          “APAKAH KESAN ANOREXIA NERVOSA DAN BULIMIA  ?”  

Penghidap anoreksia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka.Kalau masalah ini tidak dicegah dengan segera, ia akan membawa kesan negative kepada fizikal dan psikologi kita dan akhirnya boleh membawa kepada kematian. Kesan fizikal yang biasanya terjadi pada mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.
2. Luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.
3. Lemah, tidak bertenaga.
4. Sukar berkonsentrasi.
5. Gangguan menstruasi.
6. Kematian.

Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti yang berikut:

1. Perasaan tidak berharga.
2. Sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.
3. Mudah merasa bersalah.
4. Kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. Tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai.
6. Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.
7. Minta perhatian orang lain.
8. Depresi (sedih terus menerus).


Thursday, August 18, 2011

TUMIT TINGGI DAN WANITA

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. =)

Eh, tiba-tiba pula teringat cerita kasut tumit tinggi.
Apa yang saya lihat pada zaman sekarang ini lah, kebanyakan wanita sangat menggemari pakai high heel ataupun kasut tumit tinggi. Paling kurang pun, semua anita pasti ada keinginan walaupun 0.001% untuk ada kasut tumit tinggi ini. Betul tak apa yang saya cakap? Mestilah betol sebab saya pun dulu sama. Tapi, saya lagi suke tengok wedges sebenarnya daripada kasut tumit tinggi. Bile tengok , rasa macam teringin nak satu. Di tempat saya , kalau nak tengok yang pakai kasut tumit tinggi memang susah lah, tapi yang wedges melambak lah.


Eh , adakah anda tahu apakah perbezaan kasut tumit tinggi dengan wedges ini? Kalau lelaki, mungkinlah tak tahu kan. Bezanya ialah wdges ini tapaknya lagi besar dan tebal berbanding kasut tumit tinggi. Jadi, kemungkinan untuk tapaknya tercabut atau patah sikit lah berbanding kasut tumit tinggi.




contoh wedges


             
               
               contoh high heels
 


Saya ada kawan, dia memang suka sangat memakai kasut tumit tinggi. Dan katanya lah, dia ada lebih kurang 50 koleksi kasut tumit tinggi. Tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya,



"Tak risiko ke pakai high heels/wedges yang berinci-inci ni?"



Apa yang saya tahu, untuk mereka yang baru pertama kali pakai , mereka akan rasa sakit di tumit kaki, kaki melecet sampai 2 ke 3 hari dan kaki akan jadi lenguh-lenguh.Antara fakta lain pulak, kesuburan wanita boleh terjejas , memakai kasut tumit tinggi juga punca rambut gugur dan juga menyebabkan kesakitan bukan hanya pada kaki malah pada anggota badan yang lain. Kasut tinggi juga boleh menyebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit dan gangguan haid.




"Jadi, adakah berbaloi kita sakit untuk nampak bergaya?"



Jika anda rasa berbaloi, fikirkan sekali lagi. Kalau tengok dari rupa, cantik memang lah cantik. Harga pun 'cantik' jugak. Tapi kalau dah beli sampai 50 pasang,memang kaya betul. Di situ dah berlaku satu pembaziran dan cuba bayangkan kalau orang susah tengok kite punye kasut bersamaan dengan perbelanjaan mereka untuk sebulan, apa maknanya itu?


Saya rasa, pakai kasut yang bertapak rata(flat shoes) pun okey apa. Selesa pun selesa. Bebas nak gerak sana-sini.



"Masih rasa nak pakai high heels ni?" 



Okey, tak mengapa tapi anda berdepanlah dengan risiko pada masa hadapan. Kalau pakai sekali sekala okey lagi lah . Tapi kalau terfikir nak pakai untuk tempoh lama, pesanan saya, sediakan plaster sebelum kaki melecet. =)



p/s: antara high heels dengan wedges, saya memilih wedges yang tak tinggi sangat. Tapi antara wedges dengan flat shoes, saya pilih flat shoes. Anda pula? Fikirkanlah

Monday, August 15, 2011

KHASIAT BUAH KURMA

Assalamualaikum..
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. =)

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, semua umat islam diwajibkan berpuasa kecuali lah yang diberi pengecualian,faham-faham jelah kaum hawa ye. Haa, pada bulan puasa ini kan, mesti anda semua tahu kan buah apa yang paling tersohor. Sudah semestinya lah buah kurma kan. Sebelum buka puasa Adakah anda semua tahu buah kurma ini sebenarnya banyak khasiatnya. Sebelum buka puasa, kita biasanya akan mengikut sunnah nabi iaitu makan buah kurma dahulu. Tetapi, adakah anda semua tahu bahawa betapa berkhasiatnya buah kurma ini?





Antara khasiat buah kurma ialah buah kurma ini dapat mengurangkan peningkatan penyakit kejadian dalam masyarakat kita. Hal ini telah dibuktikan apabila kaum Arab yang memakan buah kurma secara teratur telah mengurangkan peningkatan penyakit jantung.

Selain itu, buah kurma yang kaya dengan serat dan vitamin dapat mencegah penyerapan kolestrol LDL dalam usus. Serat buah kurma itu sebenarnya dapat mengurangkan dan membantu usus supaya bahan kimia yang boleh meyebabkan kanser usus melekat pada usus seseorang. 

Tambahan lagi, buah kurma ini sebenarnya dapat mengurangkan kadar sembelit ataupun konstipasi anda semua. Buah kurma ini memudahkan pelancaran buang air besar anda. Jadi anda tidak perlulah risau, insyaallah pelancaran buang air besar anda akan menjadi mudah.

Seterusnya,kurma dikelaskan ke dalam kategori vitamin A yang dikenali sifatnya sebagai antioksidan dan sangat penting untuk kesihatan mata. Vitamin A amat penting kerana ia diperlukan untuk menjaga kulit supaya ia kekal sihat sepanjang masa. Oleh itu, saya rasa buah kurma sungguh 
berkhasiat kerana memiliki Vitamin A ini. Buah kurma yang kaya dengan vitamin A ini sebenarnya diketahui dapat membantu melindungi daripada kanser paru-paru dan rongga mulut

Buah kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Manakala, khalium dalam kurma dalah komponen yang penting yang membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah  sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koronari dan stroke.

Kurma juga kaya dengan vitamin K dan vitamin B kompleks. Vitamin sangat membantu dalam meningkatkan lagi kadar metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K juga sangat penting dalam pembekuan darah dan metabolisme tulang dalam tubuh badan kita ini.

Konklusinya di sini, benarlah bahawa buah kurma sangat berkhasiat dan telah dibuktikan oleh pakar sains. Oleh itu, marilah kita ikut sunnah nabi Muhammad s.a.w. iaitu makan tiga biji buah kurma sebelum berbuka puasa. Akhir sekali , selamat berpuasa kepada semua umat Islam. 

Saturday, August 13, 2011

Adakah Anda Sakit Kepala Atau Migrain ?



Sakit kepala merupakan fenomena biasa yang selalu berlaku di kalangan penduduk dalam Malaysia. Namun begitu, adakah sakit kepala anda itu hanyalah penyakit biasa yang tidak membawa kepada penyakit kronik, ataupun sakit kepala yang membahayakan? Hakikatnya, penyakit kepala sebenarnya boleh mencetuskan migrain. Adakah anda tahu hakikat ini? Saya pun baru tahu selepas saya melakukan beberapa bacaan. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa migrain ini merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab. Trigger factor (faktor penyebab) migrain berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor misalnya,

:::> faktor hormon, 
contohnya, semasa anda datang haid, hormon anda tidak stabil. Seterusnya anda yang biasa  mengamalkan pil perancang mudah mendapat penyakit ini.

:::> faktor persekitaran
faktor seterusnya ialah ialah persekitaran . Contohnya, jika anda duduk dalam persekitaran suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, kepala anda anda menjadi sakit secara automatik.Faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir juga menyebabkan sakit kepala berlaku.

:::> faktor pemakanan
jika anda ingin tahu, jika kita makan makanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala) juga boleh menyebabkan sakit kepala berlaku. Oleh itu, anda semua haruslah menjaga pemakanan anda supaya kesihatan anda terjamin.
Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan segera dielakkan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas.


Merawat sakit kepala atau migrain dengan Bekam

Jika anda telah berjumpa doktor dan tidak mahu bergantung kepada ubat-ubatan kimia, apa kata saya syorkan kepada anda untuk menghilangkan penyakit ini dengan cara berbekam? Berdasarkan kefahaman saya, berbekam amatlah berkesan dalam merawat dan menghilangkan sakit kepala anda.Hal ini adalah kerana, ayah saya juga pernah belajar tentang bekam dan dia pandai melakukan rawatan bekam ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang bekam ini, anda bolehlah menghubungi saya.