Tuesday, August 23, 2011

MATI PUCUK

    Hmmm, topik ini sangat menarik dan saya sebagai kaum wanita pun belajar dan ambil tahu juga mengenai buah zakar kaum lelaki. Saya rasa , tak ada salahnya kalau anda di luar sana pun ambil tahu hal ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum berkahwin. Tuhan menjadikan kita seindah-indah ciptaannya dan kita seharusnya bersyukur dan menjaganya dengan baik. Saya rasa, kita sebagai kaum wanita harus belajar mengetahui bagaimanakah zakar lelaki berfungsi dan bagaimanakah mati pucuk terjadi serta apakah yang harus dilakukan seterusnya. Belajar tau! Tak rugi walaupun ianya tiada kaitan dengan keluarga anda.  

                                     “APAKAH MATI PUCUK?” 

Mati pucuk ataupun dikenali sebagai lemah tenaga batin merupakan suatu penyakit yang menyebabkan kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. 

               “APAKAH PUNCA-PUNCANYA” 

Sebenarnya, penyakit ini berpunca dari banyak sebab misalnya, seperti masalah jantung yang tidak disedari darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.
Punca masalah lemah tenaga batin boleh juga disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisikologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Untuk pengetahuan anda,ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh juga menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya. 

Selain itu, masalah yang menyebabkan onani ini adalah disebabkan oleh ketagih seks yang kuat, gemar menonton filem lucah dan sebagainya. Akibat menonton filem lucah, nafsu syahwat mereka naik dan seterusnya mendorong mereka melakukan onani dengan pelbagai cara. Hal ini menyebabkan keburukan kepada diri sendiri. 

       “GOLONGAN YANG LEMAH BATIN INI SIAPA?” 

Apa yang saya tahu. Golongan remaja lelaki seawal usia 19 tahun pun boleh menghidap penyakit lemah batin ini. Ini adalah kerana, terdapat sesetengah remaja lelaki telah melakukan onani semenjak seawal usia 9 tahun lagi. Jadi tidak hairanlah kebanyakan lelaki menghidap penyakit ini. 1 daripada 10 lelaki yang menghidap penyakit ini mengalami masalah kemurungan dan rendah diri.  

            “APAKAH AKIBAT MATI PUCUK” 

Akibat mati pucuk? Saya ada terbaca satu artikel tentang masalah ini. Ada sesetengah lelaki yang telah berumah tangga melakukan hubungan seks dengan bantuan video lucah. Contohnya , lelaki tersebut tidak dapat memuaskan isterinya, maka dia gunakan video tersebut untuk menaikkan nafsu syahwat isterinya. Dan ada yang paling dahsyat juga, suami kepada seorang isteri ini sanggup menggunakan khidmat kawan sendiri untuk memuaskan isterinya. Teruk sungguh perbuatan ini, lelaki menzalimi isteri sendiri. 

Akhir kata di sini, bagi golongan wanita di luar sana, anda perlulah ambil tahu juga tentang masalah ini kerana kelak anda akan berumah tangga. Bagi golongan lelaki pula, jagalah kemaluan anda seperti anda sayang diri anda sendiri. Fikir-fikirlah, selamat beramal.=)

No comments:

Post a Comment