Monday, August 15, 2011

KHASIAT BUAH KURMA

Assalamualaikum..
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. =)

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, semua umat islam diwajibkan berpuasa kecuali lah yang diberi pengecualian,faham-faham jelah kaum hawa ye. Haa, pada bulan puasa ini kan, mesti anda semua tahu kan buah apa yang paling tersohor. Sudah semestinya lah buah kurma kan. Sebelum buka puasa Adakah anda semua tahu buah kurma ini sebenarnya banyak khasiatnya. Sebelum buka puasa, kita biasanya akan mengikut sunnah nabi iaitu makan buah kurma dahulu. Tetapi, adakah anda semua tahu bahawa betapa berkhasiatnya buah kurma ini?





Antara khasiat buah kurma ialah buah kurma ini dapat mengurangkan peningkatan penyakit kejadian dalam masyarakat kita. Hal ini telah dibuktikan apabila kaum Arab yang memakan buah kurma secara teratur telah mengurangkan peningkatan penyakit jantung.

Selain itu, buah kurma yang kaya dengan serat dan vitamin dapat mencegah penyerapan kolestrol LDL dalam usus. Serat buah kurma itu sebenarnya dapat mengurangkan dan membantu usus supaya bahan kimia yang boleh meyebabkan kanser usus melekat pada usus seseorang. 

Tambahan lagi, buah kurma ini sebenarnya dapat mengurangkan kadar sembelit ataupun konstipasi anda semua. Buah kurma ini memudahkan pelancaran buang air besar anda. Jadi anda tidak perlulah risau, insyaallah pelancaran buang air besar anda akan menjadi mudah.

Seterusnya,kurma dikelaskan ke dalam kategori vitamin A yang dikenali sifatnya sebagai antioksidan dan sangat penting untuk kesihatan mata. Vitamin A amat penting kerana ia diperlukan untuk menjaga kulit supaya ia kekal sihat sepanjang masa. Oleh itu, saya rasa buah kurma sungguh 
berkhasiat kerana memiliki Vitamin A ini. Buah kurma yang kaya dengan vitamin A ini sebenarnya diketahui dapat membantu melindungi daripada kanser paru-paru dan rongga mulut

Buah kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Manakala, khalium dalam kurma dalah komponen yang penting yang membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah  sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koronari dan stroke.

Kurma juga kaya dengan vitamin K dan vitamin B kompleks. Vitamin sangat membantu dalam meningkatkan lagi kadar metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K juga sangat penting dalam pembekuan darah dan metabolisme tulang dalam tubuh badan kita ini.

Konklusinya di sini, benarlah bahawa buah kurma sangat berkhasiat dan telah dibuktikan oleh pakar sains. Oleh itu, marilah kita ikut sunnah nabi Muhammad s.a.w. iaitu makan tiga biji buah kurma sebelum berbuka puasa. Akhir sekali , selamat berpuasa kepada semua umat Islam. 

No comments:

Post a Comment