Sunday, September 4, 2011

Katakan Tidak Pada Rokok !




ROKOK?

Tiba-tiba saya nak menulis tentang keburukan merokok pada malam ini. Maklumlah, saya memang anti perokok tegar. Merokok ini sebenarnya sangat membahayakan kesihatan diri kita sebenarnya. Banyak keburukan merokok ini sebenarnya kalau anda ingin tahu. Bagi kaum lelaki, mereka anggap bahawa merokok ini menampakkan yang mereka ini sebenarnya macho, tapi bagi saya mereka Nampak seperti kera yang merokok. Lagi-lagi pula, perempuan zaman sekarang pun tidak kurang hebatnya merokok. Sungguh tidak sopan bagi saya. Tapi tak mengapalah, mungkin mereka ada sebab mengapa mereka merokok. Kemungkinan besar, mereka stress an ingin melepaskannya melalui merokok.

APAKAH KEBURUKAN MEROKOK ? 

Merokok ini sebenarnya memendekkan usia kita. Kalau anda ingin tahu,rokok sebenarnya telah membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung kait dengan rokok.
Rokok juga boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Misalnya, terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Contohnya , kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Perokok juga mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-parudibandingkan dengan bukan perokok.

Tambahan lagi,merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Misalnya ,anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.ini semua salah mak dan ayah mereka sendiri kerana merokok depan anak-anak. Jadi, bagi ibu bapa di luar sana, janganlah merokok di hadapan anak-anak.

Selain itu, ibu ataupun bapa yang merokok menyebabkan anak-anak mereka juga merokok keran anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah bimbingan. Benarlah pepatah arab yang mengatakan, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. 


Selain itu, merokok juga menyebabkan gigi si perokok menjadi kuning dan kusam. Buruk kan ? Kalau anda inginkan gigi anda cantik dan berseri, janganlah merokok. Rokok juga sebenarnya menyebabkan anda mempunyai bau nafas yang kurang enak. Pasti semua orang akan menjauhkan diri dari anda ketika anda bercakap dengannya.

Yang pastinya, orang yang merokok ini akan beruban dengan cepat, kulit mereka akan mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut. Buruk benar kulit anda jika jadi seperti itu.


Merokok juga membahayakan orang lain.Apabila si perokok merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan juga memudaratkan kanak-kanak.
 
Merokok juga  mempengaruhi tahap kecerdasan otak anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain. Merokok juga menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak dibau.


Jadi, bagi semua perokok, carilah jalan untuk berhenti merokok kerana rokok ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada anda semua kecuali keburukan sahaja. Renung-renungkan dan selamat beramal.

.