Monday, August 22, 2011

Anorexia Nervosa

Assalamualaikum,
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. =)
Tiba-tiba pula terfikir tentang cantik. Sekarang ini , saya tengok ramai remaja perempuan inginkan kecantikan. Nak tahu tak apa yang mereka rasa cantik? Bagi mereka badan kurus kering itulah yang menampakkan mereka cantik. Agak-agaknya lah, cantik ke kalau kurus sangat. Bagi saya , kurus tak bererti cantik, lagi-lagi kalau badan kurus kering dan hanya nampak tulang. Memang buruk sangat rupanya. APAKAH anda semua sangup melakukan diet supaya tubuh kelihatan langsing dan menarik? Tiba-tiba saja anda jadi alergi atau alahan,contohnya anda alah pada coklat, ais krim, dan makanan-makanan berkalori tinggi. Lepas itu, anda jadi takut untuk makan kerana bimbang berat badan bakal naik sehingga seharian suntuk cukup hanya makan beberapa suap nasi sahaja. Hal ini sebenanya akan membawa anda kepada satu penyakit yang bernama anorexia nervosa.



    
                                  “APAKAH ITU ANOREXIA NERVOSA ?” 

ANOREXIA NERVOSA ini sebenarnya merupakan gangguan makan yang biasanya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan cara mengehadkan kuantiti makanan yang diambil secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat.

Penderita anoreksia sedar bahawa mereka ni rasa lapar,tapi mereka rasa takut nak memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Pelik kan, tapi benar. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu hinggakan masa mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual. Pelik sungguh orang yang anorexia ini.

Mereka terus diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Dan akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Cuba kita bayangkanlah,kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.
 

                                                 “APAKAH PULA ITU BULIMIA?” 

Apa yang saya tahu, bulimia sebenarnya sama saja dengan penghidap anoreksia. Ini adalah kerana, tujuan mereka sama iaitu mereka inginkan tubuh yang langsing dan sekurus yang boleh, tapi cara mereka berbeza. Penghidap bulimia ini suka makan makanan yang mereka suka, dan mereka akan makan dengan banyak, akan tetapi mereka akan muntahkan semula makanan yang dimakan itu. Dengan cara macam itu, mereka tidak akan gemuk dan tetap kurus tanpa perlu makan makanan yang mereka suka. Adakah anda dapat bayangkan jika anda terus muntahkan makanan yang anda makan, dan akhirnya tubuh lemah, sukar berfikir dan akhirnya tak ada tenaga dalam tubuh badan anda.

                          “APAKAH KESAN ANOREXIA NERVOSA DAN BULIMIA  ?”  

Penghidap anoreksia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka.Kalau masalah ini tidak dicegah dengan segera, ia akan membawa kesan negative kepada fizikal dan psikologi kita dan akhirnya boleh membawa kepada kematian. Kesan fizikal yang biasanya terjadi pada mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.
2. Luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.
3. Lemah, tidak bertenaga.
4. Sukar berkonsentrasi.
5. Gangguan menstruasi.
6. Kematian.

Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti yang berikut:

1. Perasaan tidak berharga.
2. Sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.
3. Mudah merasa bersalah.
4. Kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. Tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai.
6. Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.
7. Minta perhatian orang lain.
8. Depresi (sedih terus menerus).


No comments:

Post a Comment